SHAH ALAM - Sesetengah majikan melihat pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini memberikan kesan negatif, merugikan dan membebankan mereka.
Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Barjoyai Bardai berkata, sesetengah majikan mungkin akan melakukan beberapa tindakan, antaranya mengambil lebih ramai pekerja lelaki berbanding wanita berikutan penambahan cuti bersalin dari 60 hari ke 98 hari.
Barjoyai bagaimanapun berkata, penguatkuasaan akta berkenaan sebenarnya meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pekerja secara tidak langsung.
"Perubahan ini bukan dilakukan untuk membebankan majikan tetapi dalam jangka masa panjang dapat meningkatkan produktiviti, kesetiaan dan sikap positif pekerja kepada majikan,” ujar beliau.
Sudah jangka ada bantahan daripada majikan
Sementara itu, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) sudah menjangkakan terdapat segelintir majikan membantah pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Penasihat Buruh Antarabangsanya, Callistus Antony D'Angelus dalam kenyataannya turut mengkritik alasan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berhubung kesesuaian masa pelaksanaan akta tersebut.
"Saya sudah meramalkan perkara ini dan pada bila-bila masa pun tidak pernah sesuai untuk MEF terhadap langkah untuk menambah baik kepentingan para pekerja di negara ini,” katanya pada Isnin.
Callistus berkata, akta yang bakal dilaksanakan tersebut bukan semata-mata mematuhi piawaian negara maju, bahkan memastikan pekerja diberikan martabat asas.
Klik di sini untuk terus membaca