NEW YORK - Lebih sejuta penduduk pada Ahad menyambut Hari Natal dalam keadaan bergelap dan kesejukan melampau kerana terputus bekalan elektrik selepas Amerika Utara dilanda salji 'bom siklon' atau ribut salji Elliott untuk tempoh... Klik di sini untuk terus membaca

NEW YORK - Lebih sejuta penduduk pada Ahad menyambut Hari Natal dalam keadaan bergelap dan kesejukan melampau kerana terputus bekalan elektrik selepas Amerika Utara dilanda salji 'bom siklon' atau ribut salji Elliott untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

Sistem kuasa di 48 negeri Amerika Syarikat (AS) dan Ottawa mengalami tekanan akibat penggunaan sistem pemanas yang meningkat selain kerosakan pada grid elektrik disebabkan fenomena letupan Artik tersebut.

Sekurang-kurangnya 38 kematian disebabkan cuaca buruk itu dilaporkan di sembilan negeri AS dan Kanada yang kini huru-hara akibat salji tebal, angin kencang luar biasa dan suhu sejuk ekstrem yang turut melanda Ottawa.

Gambar satelit menunjukkan laluan ribut salji Elliott merentasi dari AS ke Kanada.

Susulan situasi yang semakin meruncing, Gabenor New York, Kathy Hochul telah mengerahkan Pengawal Negara ke daerah Erie dan bandar utama Buffalo berikutan perkhidmatan kecemasan tidak lagi berfungsi.

"Keadaan seperti di zon perang dengan banyak kenderaan tersadai di tepi jalan," jelasnya.

Antara ribuan pengembara yang terkandas di lapangan terbang di Detroit, Michigan.

Di Montana, antara negeri yang teruk terjejas, suhu dilaporkan telah menurun kepada -45 darjah celsius manakala California menjadi satu-satunya negeri yang terhindar daripada salji 'bom siklon' tersebut.

Sejak Jumaat, ribuan pengembara yang mahu membuat perjalanan pada saat akhir menjelang sambutan Hari Natal terkandas selepas lebih 12,000 penerbangan terpaksa dibatalkan di AS.

Langkah pembatalan sama turut dilakukan di Vancouver, Toronto dan Montreal.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) dalam satu kenyataan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan perjalanan selepas insiden kemalangan besar melibatkan kira-kira 50 kenderaan di Ohio yang meragut empat nyawa pada Jumaat lalu.

Cuaca sejuk ekstrem itu telah menyebabkan kerosakan pada grid kuasa.

"Suhu sejuk melampau dengan angin kencang luar biasa ini berpotensi mengancam nyawa pengembara yang terkandas, individu yang bekerja di luar, haiwan peliharaan dan ternakan," ujarnya.

Masalah perjalanan di seluruh negara diburukkan lagi dengan kekurangan operator pembersih salji yang dikatakan berpunca daripada bayaran gaji yang rendah.

Pihak berkuasa ramalan kaji cuaca di AS bagaimanapun meramalkan cuaca sejuk ekstrem itu di tengah dan timur AS dijangka kembali kepada tahap normal pada minggu ini. - Agensi

Letupan Artik tersebut menghasilkan salji setebal 2.4 meter di Buffalo, New York.
Klik di sini untuk terus membaca