AWANG harap Tun Dr Mahathir (Tun M) tak payahlah buat apa-apa kenyataan lagi pasal Tuk Seri Anwar atau kerajaan pimpinannya.
Cukup-cukuplah Tun. Sementara orang masih ada sedikit sebanyak rasa hormat pada Tun M, baik duduk diam di rumah saja. Masa Tun dah berlalu.
Tuk Seri Anwar dah jadi PM. Bagilah dia peluang buktikan dirinya. Baru sebulan dia jadi PM. Bukan 22 tahun atau tambahan 22 bulan lagi.
Tak usah ungkit kisah lama pasal Krisis Ekonomi Asia tahun 1997/98. Zaman itu dah berakhir. Orang pun dah lupa.
Tun M nampaknya anggap semua PM selepas beliau tak betul semua! Mula-mula Pak Lah, lepas tu Najib, lepas tu Muhyiddin, lepas tu Pak Mail. Semua dikritiknya.
Sekarang giliran Tuk Seri Anwar. Belum apa-apa Tun M dah kata dia tak yakin dengan kemampuan PM ke-10.
Ingatlah, orang tak mahukan awak lagi. Jikalau tidak, takkanlah prestasinya di Langkawi begitu teruk.
Daripada lebih 66,000 undi yang dibuang, Tun M dapat 4,566 saja. Jumlah itu paling rendah di antara lima calon yang bertanding.
Partinya, Pejuang bertanding di 123 tempat, jumlah undi yang diperolehi lebih kurang daripada majoriti yang diperolehi oleh Gobind Singh dari PH di Damansara (124,619).
Tak sedar lagi ke?
Klik di sini untuk terus membaca