TAK lama lagi Malaysia ada kebanggaan baharu. Menara milik PNB yang dikenali sebagai Menara Merdeka 118 (setinggi 678 meter) akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia. Hanya Burj Khalifa di Dubai yang mengalahkannya dengan ketinggian... Klik di sini untuk terus membaca

TAK lama lagi Malaysia ada kebanggaan baharu. Menara milik PNB yang dikenali sebagai Menara Merdeka 118 (setinggi 678 meter) akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia. Hanya Burj Khalifa di Dubai yang mengalahkannya dengan ketinggian 828 meter.

Pada waktu yang sama, PNB isytihar dividen antara yang paling rendah dalam sejarah. Khabarnya secara purata daripada 10 juta pelabur, tiap seorang hanya dapat RM839 sahaja.

Awang macam orang lain juga nak tanya, apa tujuan asal PNB? Nak tunjuk pada dunia ia miliki bangunan tinggi?

Nak bermegah-megah dengan bangunan pencakar langit? Bagaimana tentang matlamat nak baiki keadaan ekonomi bumiputera?

Bukankah matlamatnya nak perbaiki pemilikan ekuiti bumiputera, khususnya orang Melayu? Awang terbaca bahawa terdapat 76 peratus pelabur dalam skim pelaburan PNB yang hanya ada purata RM500 dalam akaun mereka.

Patutnya keadaan itu semakin baik. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, rakyat banyak yang hidup susah, tak mampu nak melabur.

Tuk Seri PM kena tengok-tengoklah projek mega yang dirancang entah untuk apa tujuannya ini. Beliau dulu banyak tegur projek mega.

Ingatlah duit yang rakyat simpan adalah untuk PNB buat pelaburan yang bawa pulangan yang baik, bukan untuk bermegah-megah.

Klik di sini untuk terus membaca