KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa tidak timbul soal crossing the floor (beralih sokongan) seperti yang didakwa Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.... Klik di sini untuk terus membaca

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa tidak timbul soal crossing the floor (beralih sokongan) seperti yang didakwa Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) bagaimanapun berkata, itu adalah hak Ronald dalam mengemukakan pendiriannya.

"Saya faham kekecewaan dan kemarahan beliau apabila tidak terpilih sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Dan hakikatnya inilah bezanya status kami dengan beliau dalam pilihan raya. Kami ahli GRS, kami bertanding dalam PRU15 atas tiket GRS. Tidak timbul soal crossing the floor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau menang di Papar atas sokongan daripada pengundi di Parlimen berkenaan selain mendapat sokongan daripada pelbagai parti.

"Di Papar, saya menang atas sokongan pengundi di Papar termasuk yang tidak berparti dan ahli-ahli pelbagai parti.

"Banyak parti bantu saya dalam siri kempen. Selain komponen GRS, saya juga didukung melalui muafakat bersama Barisan Nasional (BN). Saya juga dibantu oleh parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Pas dan Parti Cinta Sabah (PCS) termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Papar oleh pengundi Papar, bukan oleh seorang hero Malaya baharu di Sabah,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk membuat keputusan susulan tindakan Bersatu menghantar notis bagi memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

"Tunggu Speaker buat keputusan ya,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Klik di sini untuk terus membaca