TERTARIK sangat Awang tentang kisah dua bangunan tinggi di Kuala Lumpur.
Yang pertama pasal pasangan Rusia yang berjaya berdiri di puncak Menara Merdeka 118. Kisah kedua melibatkan kontroversi ambil alih pengurusan Menara Kuala Lumpur.
Dalam kes pertama, Awang nak puji pasangan Ivan Beerkus dan Angela Nikolau yang buat kejutan dengan memanjat bangunan, yang khabarnya kedua tertinggi di dunia.
Bangunan itu terbina daripada peluh dan air mata penoreh getah, pemotong kelapa sawit, nelayan, kakitangan rendah kerajaan, pemandu teksi serta rakyat bawahan. Mereka menabung dalam ASB, ASN dan lain-lain.
PNB ditubuhkan untuk pelaburan bumiputera dan untuk tingkatkan pemilikan ekuiti orang Melayu. Apa PNB buat? Buat bangunan pencakar langit entah untuk tujuan apa.
Dalam kes Menara Kuala Lumpur, tiba-tiba sahaja muncul berita pasal pertukaran pengurusan. Sedangkan Menara Kuala Lumpur buat duit selama ini. Siapa yang buat keputusan itu?
Kata syarikat Telekom Malaysia (TM) keputusan itu dibuat oleh 'kementerian'. Bagus sangatlah SPRM siasat. Kita nak tahu siapa dalang pengambilalihan pengurusan menara ikonik di ibu kota itu.
Klik di sini untuk terus membaca