SHAH ALAM - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada cadangan dua jawatan penting dalam parti tidak dipertandingkan, diangkat sebagai usul dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO yang dijangka... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada cadangan dua jawatan penting dalam parti tidak dipertandingkan, diangkat sebagai usul dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO yang dijangka diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 tahun hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mengikut perlembagaan parti, sebarang usul yang hendak dikemukakan dalam persidangan PAU bermula 14 Januari 2023, perlu berlandaskan cadangan atau suara akar umbi atau spesifiknya melalui UMNO bahagian.

Jelas beliau, MKT parti tidak boleh mengusulkan cadangan itu sendiri tanpa sokongan majoriti UMNO bahagian menerusi EGM tersebut.

"Ia termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak boleh dicabar mana-mana pihak.

"Jadi kalau hendak sangat cadang jawatan presiden tidak dipertandingkan, MKT kena gerakkan suara UMNO bahagian untuk usulkannya,” jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu kepada Sinar Premium.

Beliau mengulas pandangan pemimpin UMNO yang mendesak agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan demi memastikan kesatuan dalam parti.

Mohamed Nazri yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas menyarankan pucuk kepimpinan UMNO melaksanakan sahaja proses pemilihan parti mengikut amalan demokratik sebenar.

Jelas beliau, mana-mana pihak tidak perlu takut untuk mengambil bahagian kerana isu kebimbangan perpecahan dalam parti sudah tidak relevan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

"Kalau permasalahan dalaman timbul selepas pemilihan parti, selesaikanlah secara adik-beradik dalam tempoh lima tahun ini,” ujar Mohamed Nazri.

Klik di sini untuk terus membaca