BANYAKLAH pandangan yang mengatakan dengan terlaksananya gaji minimum yang baharu, banyak syarikat akan terjejas teruk.
Nampaknya semua orang bercakap dari sudut majikan. Tak banyak orang yang bercakap bagi pihak pekerja. Semua kata, majikan akan terbeban. Tapi bagaimana tentang nasib pekerja?
Bilakah kali terakhir kita dengar tentang langkah untuk naikkan gaji pekerja. Sekurang-kurangnya langkah untuk adakan gaji minimum itu satu langkah baik. Memang tak popular bagi pihak majikan, tapi pekerja nak hidup juga.
Tapi bolehlah meringankan beban kehidupan mereka. Apalah yang boleh dibeli dengan RM1,200 hari ini. Cerut mahal dari Cuba yang dinikmati oleh sesetengah majikan kayangan pun dah RM400 sebatang.
Tapi kenaikan sara hidup dan inflasi buat pekerja menderita teruk. Kos hidup memang jadi masalah besar rakyat. Awang harap kerajaan Tuk Seri Anwar kotakanlah janji untuk kurangkan penanggungan rakyat.
Memang ada kesan kepada majikan akibat pelaksanaan gaji minimum yang baharu itu. Tetapi itu juga pengorbanan kecil bagi bantu pekerja.
Kerajaan pun kenalah cari cara untuk ringankan beban majikan dengan insentif cukai yang kurang atau lain-lain.
Majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu. Masing-masing saling memerlukan. Dalam keadaan susah, majikan tentu boleh berkorban sedikit.
Klik di sini untuk terus membaca