SHAH ALAM - Perwakilan UMNO perlu diberi kebebasan memilih calon bertanding untuk mengisi barisan kepimpinan parti untuk penggal akan datang. Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perwakilan UMNO perlu diberi kebebasan memilih calon bertanding untuk mengisi barisan kepimpinan parti untuk penggal akan datang.

Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, langkah berkenaan penting bagi menentukan hala tuju parti selepas ini.

"Kita perlu memberikan peluang kepada perwakilan (parti) membuat keputusan.

"Apa juga keputusan yang dibuat oleh perwakilan adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

"Sekiranya perwakilan menetapkan sesuatu cadangan dan dipersetujui oleh majoriti, maka itulah keputusan yang perlu diambil oleh UMNO secara keseluruhannya.

"Bagi saya, perwakilan kena main peranan kerana ada pelbagai pendapat diberikan tetapi bagi saya apa sekali pun perwakilan mempunyai hak untuk menentukan hala tuju parti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas mengenai isu pemilihan UMNO yang semakin hangat diperkatakan ketika ini berikutan wujud pelbagai pandangan mengenai kewajaran jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau sebaliknya.

Isu berkenaan adalah antara perkara menjadi tumpuan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 14 Januari nanti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ahmad Martadha berkata lagi, ketika ini segala keputusan bergantung kepada tindakan yang akan diambil oleh perwakilan parti nanti.

"Kalau ada usul misalnya (supaya diadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi) dan ia disokong (oleh perwakilan) itu adalah sesuatu yang semua anggota atau ahli kena terima,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca