SHAH ALAM - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, antara peranan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas yang ditubuhkan pada 2017 adalah mengenal pasti pegawai yang hidup mewah dan meragukan. "Saya ambil contoh,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, antara peranan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas yang ditubuhkan pada 2017 adalah mengenal pasti pegawai yang hidup mewah dan meragukan.

"Saya ambil contoh, seorang pegawai daripada gred KP19 atau KP22 mampu hidup mewah dan secara logiknya tidak mampu memiliki Honda Accord, bercuti ke negara Eropah atau ke Turkiye serta mampu memiliki basikal mahal bernilai lebih RM20,000.

"Jika sumbernya diperoleh secara sah itu tidak menjadi masalah. Dari situ kita sudah curiga dan akan melihat bagaimana sosial kehidupannya.

"Penjawat awam khususnya imigresen yang bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan daripada ketua jabatan. Namun, ada dikesan permohonan pegawai rendah bercuti hingga dua minggu ke Eropah dan dengan nilai mata wang tinggi, bagaimana mereka mampu berada di sana,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian.

AMARAN

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas kepada pegawai yang terlibat dan sindiket yang ditangkap akan dikenakan tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Imigresen menahan enam PATI dalam serbuan di ibu negara pada Rabu.

"Kepada individu dan sindiket luar saya beri amaran bahawa kita akan bertindak tegas dan sekiranya ditangkap akan didakwa di bawah ATIPSOM.

"Pegawai imigresen juga diingatkan bahawa tugas ini adalah amanah besar dalam kita menjaga keselamatan di pintu masuk.

"Laksanakan amanah dengan jujur, berikan perkhidmatan dengan profesional tidak kompromi dengan mana-mana pegawai yang terlibat aktiviti penyeludupan. Jauhi diri daripada jenayah ini,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca