SHAH ALAM - Pakar kaji cuaca menjangkakan Malaysia mengalami keadaan kering berpanjangan dari Jun hingga Oktober nanti susulan daripada fenomena El-Nino. Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar kaji cuaca menjangkakan Malaysia mengalami keadaan kering berpanjangan dari Jun hingga Oktober nanti susulan daripada fenomena El-Nino.

Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Fredolin Tangang berkata, berdasarkan kajian di kawasan Malaysia dan Indonesia, keadaan tersebut boleh menyebabkan kebakaran hutan termasuk jerebu terutama apabila fenomena El-Nino ‘kuat’ melanda seperti tahun 1997, 1998, 2005 dan 2016.

"Sumatera dan Kalimantan akan mengalami keadaan kemarau bermula Jun hingga Oktober 2023, lebih kurang juga (di Malaysia) tetapi utara Sarawak dan Sabah akan mengalami tempoh kering sehingga Mac hingga April 2024, jika El-Nino kuat berlaku.

"Begitu juga di bahagian utara Semenanjung. Ini berdasarkan kajian saya yang telah diterbitkan. Fenomena ini akan berlanjutan ke tahun 2024 jika ia berlaku tahun depan (2023).

"Justeru, bukan hanya di Indonesia, Malaysia juga mengalami kekeringan jika El-Nino berlaku dan boleh menyebabkan kebakaran hutan, jerebu serta masalah berkaitan bekalan air,” katanya kepada Sinar Ahad.

Jelas Fredolin, Pusat Ramalan Iklim, Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan (NOAA), Amerika Syarikat turut meramalkan perkara sama pada 2023.

Katanya, mengikut ramalan dikeluarkan pada 27 Disember 2022, kebarangkalian El-Nino berlaku pada Jun, Julai dan Ogos nanti sekitar 50 peratus.

Pada Jumaat, media melaporkan Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran kebakaran hutan secara besar-besaran dijangka berlaku pada Ogos hingga September 2023.

Klik di sini untuk terus membaca