SHAH ALAM – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk daripada pelbagai parti bakal menghadapi ujian mencabar pada tahun 2023 susulan enam negeri bakal mengadakan pilihan raya masing-masing melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Penganalisis Politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, disebabkan tempoh pembentukan Kerajaan Perpaduan yang masih baharu, ia bakal mendatangkan ujian kepada mereka.
Menurutnya, ujian yang dilihat kritikal adalah dalam soal pengagihan kerusi pada PRN berkenaan.
"Pengagihan kerusi itu adalah kritikal kerana yang menggagalkan Muafakat Nasional (MN) antara BN dan Pas sebelum ini adalah soal pengagihan kerusi.
"Ini kerana UMNO tidak dapat menerima hakikat bahawa ia bertanding sedikit kerusi dan nak bertanding banyak sebab mahu mengekalkan status sebagai (parti) payung orang Melayu,” katanya kepada Sinar Ahad.Bagaimanapun Mazlan menambah, UMNO akhirnya kelihatan menyedari realiti politik apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) BN hanya memenangi 30 kerusi.
Disebabkan itu ujarnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa BN seharusnya bekerjasama sebagai satu kumpulan bersama dengan Pakatan Harapan (PH).
"Jadi selepas ini BN akan mendapat kelebihan di kawasan bukan Melayu apabila pengundi bukan Melayu dijangka pergi ke BN.
"Di kawasan PH pula, pengundi Melayu akan pergi ke PH. Itu bentuk kerjasama pada saya opsyen paling baik yang ada sekarang,” jelas beliau.
Tegasnya, jika parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bertanding secara solo dan berlawan sesama sendiri, perkara itu adalah sesuatu yang kurang baik.
Kata Mazlan, pertembungan itu mungkin ada melibatkan satu dua kerusi dalam PRN nanti.
"Untuk satu dua kerusi itu mungkin ada. Macam dalam PH sendiri ada bertembung sesama sendiri satu dua kerusi, itu biasa.
"Tetapi kalau kita lihat kenyataan pemimpin PH dan BN, mereka nampak macam akan bekerjasama dalam pilihan raya untuk mengelakkan pertembungan,” jelasnya.
Klik di sini untuk terus membaca