KUALA LUMPUR - DBKL mengadakan kawalan ke atas aktiviti penjaja rambo susulan kegiatan itu sering menimbulkan kacau ganggu dan halangan kepada pejalan kaki serta lalu lintas. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - DBKL mengadakan kawalan ke atas aktiviti penjaja rambo susulan kegiatan itu sering menimbulkan kacau ganggu dan halangan kepada pejalan kaki serta lalu lintas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, DBKL mengenal pasti lima lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti berkenaan meliputi sekitar Jalan TAR, Jalan Ampang (KLCC), Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang dan siar kaki stesen LRT.

Menurutnya, tindakan yang diambil oleh DBKL ketika ini adalah dengan memberikan amaran kepada mereka untuk memberhentikan aktiviti penjajaan selain mengeluarkan kompaun serta sitaan.

"Tindakan susulan DBKL adalah mengawal aktiviti penjajaan agar tidak menimbulkan kacau ganggu.

"Aktiviti rambo atau penjaja haram ini lebih kepada kepada perniagaan barangan kering, makanan serta minuman," katanya mengulas isu penjaja rambo di pusat bandar.

Beliau berkata, DBKL sedang mengenal pasti beberapa kawasan bagi membolehkan aktiviti penjajaan ini dibenarkan bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Beberapa syarat juga telah ditetapkan antaranya permit diberikan kepada orang tempatan dan tidak kepada bukan warganegara, tidak boleh mendirikan sebarang struktur dan larangan meninggalkan barang penjajaan.

"Penjaja perlu mengosongkan tapak setelah tamat menjaja dan hanya dibenarkan beroperasi dalam masa tertentu mengikut tempoh masa ditetapkan," ujar beliau.

Selain itu katanya, DBKL juga sedang menyediakan beberapa lokasi hotspot dan pit stop untuk aktiviti perniagaan jualan makanan, minuman dan alat permainan kanak-kanak.

Klik di sini untuk terus membaca