APAKAH gerangan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sibukkan soal spekulasi pasal kemasukan pelancong dari China.
Jikalau jelas mereka bawa varian baharu, apa tunggu lagi: Tutuplah sempadan kita! Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sendiri akui bahawa setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes varian baharu dari China telah dikesan.
Memang katanya varian ini tidak serius tapi tak semua orang dapat kesan yang sama. Ada yang teruk, ada yang tidak.
Apa yang penting, nampaknya China gagal kawal wabak Covid-19. Negara itu pernah buat dasar zero-tolerance terhadap Covid-19.
Ada masanya satu kota raya dikuarantin. Tapi rakyatnya berontak. Mereka berdemonstrasi. Terlalu lama mereka dalam kuarantin.
Sekarang nampaknya, China dah buka pintu seluas-luasnya untuk rakyatnya keluar. Akan berduyun-duyunlah pelancong dari China ke merata tempat di dunia.
Kita dah dengar cerita bagaimana hampir satu kapal terbang pelancong China yang didapati positif Covid-19 apabila mendarat di sebuah negara Eropah.
Memang kita mahu pelancong datang. Kita mahukan duit mereka. Tapi keselamatan rakyat kita kena jaga juga.
Setakat perketat SOP macam kata Menteri Kesihatan, tak cukup.
Klik di sini untuk terus membaca