KITA dah masuk tahun 2023. Awang harap sangat kerajaan Tuk Seri Anwar ambil sikap pro-bisnes.
Buatlah macam kerajaan BN dulu-dulu. Permudahkanlah urusan orang nak berniaga.
Awang dengar banyak rungutan masalah yang dihadapi orang perniagaan khususnya dalam industri kecil dan sederhana. Mereka terpaksa lalui proses yang susah.
Baik jabatan atau pihak kerajaan tempatan semua menyusahkan urusan. Kelulusan ambil masa lama. Tindakan tak dilaksanakan cepat.
Peniaga ‘terkangkang kata orang nak buat bisnes. Sudahlah keuntungan kurang. Apabila orang minta lesen susah dapat. Peniaga pun berniaga cara haram. Dituduh pula 'peniaga Rambo'. Lepas itu disaman jikalau tidak bayar habuan.
Kesian peniaga ini. Mereka nak cari makan secara halal. Nak tanggung anak, isteri. Ramai yang jadi mangsa berhenti kerja masa pandemik dulu.
Awang juga dengar macam-macam cerita kerajaan tempatan ubah dasar ikut suka hati. Bagi kelulusan pada satu pihak, tapi tolak yang lain yang lebih layak. Ada syarikat enterprise dapat projek besar tapi yang sendirian berhad terlopong mulut.
Bagus sangatlah ingatan Tuk Seri PM pada pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Awang sokong Kementerian Wilayah Persekutuan dibubarkan.
Bubarkan sekali banyak agensi yang tak perlu di bawahnya termasuk Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang ditubuh untuk tujuan politik.
Klik di sini untuk terus membaca