SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan (PH) dan Pas akan mengekalkan status quo di enam negeri dikuasai dua parti politik itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun tegas... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan (PH) dan Pas akan mengekalkan status quo di enam negeri dikuasai dua parti politik itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan pada tahun ini.

Bagaimanapun tegas Timbalan Ketua Strategi, Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB di Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat, keputusan itu boleh berubah sekiranya dipengaruhi oleh dua faktor iaitu tarikh pelaksanaan PRN dan peratusan keluar mengundi.

Dan dua faktor itu katanya, menjadi cabaran besar baik kerajaan campuran yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Perikatan Nasional (PN).

"Saya melihat memang ada kemungkinan besar PH dan PN terutama Pas dapat mengekalkan kuasa atau status quo di keenam-enam negeri dikuasai mereka tetapi sama ada berlaku pertambahan atau pengurangan majoriti bergantung kepada dua faktor berkaitan iaitu masa PRN dan kadar keluar mengundi.

"Pas dan PH banyak bergantung kepada pengundi di luar kawasan, dan motivasi untuk kembali mengundi untuk PRN dijangka lebih rendah terutamanya jika dilaksanakan terlalu dekat dengan PRU15.

"Pas dan PH akan menjadi lebih selamat di negeri-negeri kubu kuat mereka jika, PRN berlaku sekali lebih lewat di sekitar Ogos daripada sebelum Ramadan atau selepas selepas hari raya Aidilfitri," katanya kepada Sinar Premium.

CHIN HUAT

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, hanya tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing untuk membolehkan pilihan raya diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.

Enam negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dipimpin PH serta Kelantan, Terengganu dan Kedah ditadbir Pas membuat keputusan tidak membubarkan DUN.

Bagaimanapun, Chin Huat berkata, jika kerjasama terlalu rapat antara PH dan UMNO berlaku, maka ia membawa persepsi bahawa satu alternatif lain iaitu PN, sekali gus menyebabkan sebilangan kecil kawasan marginal pegangan PH atau UMNO bertukar tangan.

"Akan tetapi, ini mungkin cuma akan memecahkan dan melemahkan UMNO lagi. Untuk mengelakkan kemungkinan ini (sungguhpun tidak tinggi), UMNO perlu mengolah naratif baharu untuk meyakinkan pengundi Melayu-Muslim bahawa UMNO sudah mengambil pengajaran PRU15 dan sedang berubah," katanya.

Keputusan pada PRU15 itu menyaksikan buat kali pertamanya selepas merdeka, pentadbiran kerajaan Perlis bertukar daripada BN kepada PN.

Di Perak dan Pahang pula, BN dan PH bekerjasama membentuk kerajaan negeri.

Klik di sini untuk terus membaca