MASA Tuk Seri Perdana Menteri jadi Ketua Pembangkang, banyaklah beliau kritik individu yang lepas tangan dalam isu tertentu. Macam PM masa itu yang seperti tak kawal Kementerian Kewangan atau Bank Negara Malaysia (BNM). Sekarang Tuk Seri PM... Klik di sini untuk terus membaca

MASA Tuk Seri Perdana Menteri jadi Ketua Pembangkang, banyaklah beliau kritik individu yang lepas tangan dalam isu tertentu.

Macam PM masa itu yang seperti tak kawal Kementerian Kewangan atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Sekarang Tuk Seri PM kena cakap serupa bikin. Dalam isu babitkan kadar dasar semalaman (OPR), Tuk Seri PM tak boleh kata ini isu BNM semata-mata.

Isu OPR babitkan rakyat. Itu isu negara dan kesannya adalah pada rakyat terbanyak.

BNM pula tentu ada alasan mengapa OPR perlu dinaikkan. Alasan itu akademik. Rakyat tak perlu tahu.

Ramai rakyat tak faham pun. Kata Gabenornya, turun naik OPR ibarat suntikan dos ubat untuk pastikan ekonomi negara terkawal.

Jikalau ikut hukum ekonomi memang begitulah sepatutnya. Tapi pada masa rakyat susah dan terbeban, menaikkan OPR akan bebankan lagi rakyat khususnya peminjam.

Apakah itu ubat mujarab nak tangani masalah ekonomi negara pada masa ini? Bolehkah kenaikan kadar OPR selesaikan isu inflasi yang dihadapi oleh negara sekarang?

Awang harap tak usahlah BNM fikir ikut buku dan teori ekonomi.

Tuk Seri PM kena ingatkan BNM ‘rakyat first’ dalam apa pun tindakan BNM.

Klik di sini untuk terus membaca