MAKIN hangat dan gamat dunia politik tanah air kesayangan kita ini.
Khabarnya ada pertemuan sulit di London pada masa ini. Pertemuan itu babitkan beberapa orang besar UMNO, selain orang-orang besar Perikatan Nasional (PN).
Awang sendiri nak percaya bahawa apabila ketua Perikatan Nasional (PN) dan dua Naib Presiden UMNO berada di London, semua itu adalah kebetulan. Maklumlah sekarang musim cuti awal tahun.
Sidang Dewan Rakyat khabarnya bulan Februari. Jadi elok sangatlah ambil cuti masa ini.
Peliknya apabila ada cakap-cakap pasal ‘Langkah London’, Awang mencurigainya.
Tapi Awang bertanya juga apakah maksudnya? Apakah akan ada semacam ‘Langkah Sheraton?’ Tak tahulah pula berapa ramai pemimpin parti yang terlibat.
Mantan PM, Tuk Seri Pak Mail dah bagi amaran akan ambil tindakan undang-undang siapa yang kaitkan dia dengan konspirasi itu dan ini di London.
Memanglah masa ini macam-macam spekulasi terdengar. Khabarnya ada krisis kepimpinan baharu di Melaka dan ada pergolakan di Sabah.
Nampaknya tak habis-habis lagi orang politik berpolitik.
Awang cuma nak ingatkan, pergolakan politik tak baik untuk negara. Lebih-lebih lagi selepas PRU15 yang panas. Ini masa untuk pulihkan negara.
Cukup-cukuplah berkomplot atau konspirasi bagi yang masih mahu berkomplot dan berkonspirasi.
Klik di sini untuk terus membaca