SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022. Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia berdasarkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia berdasarkan mekanisme kuasa dan jawatan tertinggi dalam kerajaan yang dipegang oleh Ahmad Zahid.

Menurutnya, kedudukan terkini Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyukarkan pencabar-pencabarnya.

"Jika tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, agak sukar untuk memenangi jawatan presiden kecuali individu itu benar-benar mempunyai sokongan kuat daripada perwakilan.

"Sebab itulah, suatu ketika dahulu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan pemilihan dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Media pada Khamis melaporkan, Ahmad Zahid sedia dicabar dalam saingan kedudukan jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pula berkata, jawatan tertinggi UMNO dijangka dipertandingkan memandangkan UMNO tidak meminda perlembagaannya semata-mata untuk menyekat mana-mana pihak daripada bertanding.

Sementara itu Awang Azman berkata, perkara itu sukar dijangka selagi tidak mendapat pencalonan pihak lain.

"Walaupun ada pencalonan lain, akar umbi akan melihat pelbagai sudut seperti siapa mereka, prestasi dan sumbangan individu tersebut pada parti,” kata beliau lagi.

Klik di sini untuk terus membaca