HAH ALAM - Kelab Pengembaraan Permotoran Malaysia (Adventure Bikerz Club) mengakui masih terdapat penunggang motosikal berkuasa tinggi di atas 250cc yang tidak mempunyai lesen B penuh.Pengerusinya, Mohamad Fuzi Abu Bakar berkata, alasan... Klik di sini untuk terus membaca

HAH ALAM - Kelab Pengembaraan Permotoran Malaysia (Adventure Bikerz Club) mengakui masih terdapat penunggang motosikal berkuasa tinggi di atas 250cc yang tidak mempunyai lesen B penuh.

Pengerusinya, Mohamad Fuzi Abu Bakar berkata, alasan yang diberikan ialah kos mendapatkan lesen yang mahal dan terpaksa menunggu masa lama untuk mengambil ujian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Penggiliran untuk mengambil slot ujian itu terlalu lama. Ramai yang ada kekangan masa disebabkan mereka bekerja.

"Akhirnya mereka buat keputusan untuk tidak mengambil lesen, selain hanya menggunakan lesen memandu percubaan (L) untuk tempoh yang lama,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mohamad Fuzi berkata, bayaran belajar di institut memandu dan mengambil ujian sehingga mencecah ribuan ringgit juga menjadi salah satu punca.

"Ada yang kata nak ambil lesen L pun sudah lebih RM700, apatah lagi ambil lesen kelas B penuh yang mencecah RM1,300,” katanya.

Mohamad Fuzi bagaimanapun berkata, perkara itu sepatutnya tidak dijadikan alasan kerana mereka mampu membeli motosikal berkuasa tinggi sehingga mencecah RM200,000.

"Harga motosikal berkuasa tinggi paling murah RM38,000 hingga RM200,000. Yang terpakai pula paling murah bermula RM20,000 hingga RM100,000. Takkan tak mampu nak keluarkan sedikit wang untuk dapatkan lesen?” soal beliau.

Mohamad Fuzi bagaimanapun berkata, setiap ahli yang menyertai persatuannya wajib mempunyai lesen B penuh dan mematuhi undang-undang jalan raya.

"Kita mempunyai 200 ahli dan mereka perlu mengisi google form menyatakan jenis motosikal, berapa kapasiti enjin dan pemiliknya wajib mempunyai lesen B penuh,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca