SHAH ALAM - Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai tiga pilihan sama ada meletakkan jawatan Ketua Menteri bagi membolehkan pelantikan baharu dilakukan atau menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai tiga pilihan sama ada meletakkan jawatan Ketua Menteri bagi membolehkan pelantikan baharu dilakukan atau menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, satu lagi pilihan adalah Hajiji perlu mempertimbangkan langkah drastik untuk sertai mana-mana gabungan.

"Dalam konteks kedudukan politik semasa, sekiranya koalisi yang lagi satu mampu menunjukkan majoriti, maka boleh elak daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baharu diadakan dua tahun lepas.

"Jika Barisan Nasional (BN) dan gabungan lain membuktikan keabsahan yang mereka ada majoriti, maka untuk elak daripada pembubaran DUN, pelantikan baharu boleh dilakukan.

"Pilihan ketiga itu memang drastik, maksudnya apabila sudah hilang sokongan, adakah beliau (Hajiji) sedia sokong pihak lain?” soalnya kepada Sinar Ahad.

Pada Jumaat, UMNO dan BN menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu susulan Hajiji melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dalam pembentukan kerajaan negeri pada PRN lalu.

Ulas Sivamurugan, Hajiji wajar melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan membiarkan kerajaan negeri memutuskan langkah terbaik.

"Sekiranya wujud gabungan baharu yang boleh buktikan keabsahan mereka melalui akuan bersumpah, pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, maka ia satu pendekatan kepada kerajaan negeri memutuskan langkah terbaik dalam kedudukan terkini,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca