AWANG sebetulnya tidak terperanjat sangat dengan pendedahan Ketua Hakim Negara tentang wujudnya cubaan takutkan hakim-hakim.
Tun Tengku Maimun secara terbuka maklumkan ada cubaan demikian ke atas hakim-hakim yang mendengar kes berprofil tinggi.
Tun Maimun dakwa beliau sendiri pernah diancam bunuh.
Kita kena ingat kes profil tinggi itu banyak dalam kalangan ahli-ahli politik. Bukan sembarangan orang politik.
Mereka banyak penyokong setia. Tentu ada yang tak senang apabila ketua mereka didakwa dan dihakimi.
Ada yang buat riuh atas jalan, ada yang bising di kedai kopi, ada yang lepas geram dalam media sosial dan tentulah ada segelintir yang bertindak mengancam dek hilang pedoman.
Awang harap Tun Maimun dan teman-teman hakimnya tidak akan tunduk pada sebarang ugutan.
Kita tahu bahawa Tun Maimun memang sebetulnya Iron Lady dalam bidang kehakiman.
Beliau tegas dan tidak ada kompromi. Jangan main-main dengan beliau. Namun demikian beliau adil dan ikut law, kata orang kampung Awang.
Memang kita patut pandang berat pada ancaman seperti ini. Kita kena lindungi hakim-hakim kita.
Mereka tunggak sistem demokrasi dan kehakiman negara.
Klik di sini untuk terus membaca