APABILA seseorang berkuasa, apatah lagi dinaikkan sebagai Perdana Menteri, tentulah ramai orang yang datang mengelilingi. Jikalau tak dapat orangnya, orang-orang di sekelilingnya. Maka berebut-rebut syarikat dan institusi yang nak lantik... Klik di sini untuk terus membaca

APABILA seseorang berkuasa, apatah lagi dinaikkan sebagai Perdana Menteri, tentulah ramai orang yang datang mengelilingi.

Jikalau tak dapat orangnya, orang-orang di sekelilingnya.

Maka berebut-rebut syarikat dan institusi yang nak lantik orang yang dianggap rapat dengan PM dalam syarikat atau institusi sebagai pengerusi atau lembaga pengarah.

Jadi apabila mantan setiausaha politik Tuk Seri PM dilantik jadi pengerusi sebuah syarikat besar, hal itu tidaklah menghairankan sangat. Maka jawapannya tentulah beliau layak.

Beliau banyak pengalaman dalam dunia korporat. Beliau pandai bisnes dan macam-macam lagi.

Jadi apabila ada ahli Parlimen pembangkang bertanya tentang pelantikan itu, patutlah dijawab dengan tenang dan saksama.

Maklumlah, Ahli Parlimen Ketereh yang bertanya itu mewakili rakyat juga, sekadar nak tahu.

Lagipun beliau timbulkan soal janji-janji Tuk Seri PM sendiri tentang prinsip tatakelola dan lain-lain selama ini.

Rakyat juga nak tahu siapa di belakang syarikat berkenaan. Sudah tentulah ahli perniagaan yang besar.

Pemilik syarikat ini agaknya amat pandai menimbang tara untuk membolehkannya hidup dalam era entah berapa banyak PM. Bak kata orang, dulu, kini dan selamanya.

Sudah tentulah ahli perniagaan lain juga akan lantik mana-mana orang yang dekat dengan Tuk Seri PM dalam lembaga pengarah syarikat mereka selepas ini.

Itulah adat berniaga di Malaysia. Yang jauh didekatkan, yang dekat ditautkan.

Buruk baiknya amalan itu bukanlah Awang yang patut menjawabnya.

Klik di sini untuk terus membaca