TEKNOLOGI sistem pengecaman muka atau facial recognition system (FRS) sering dianggap antara kejayaan terpenting dalam evolusi penyiasatan di dunia. Mula dibangunkan sejak era 60-an dan FRS dianggap resipi kejayaan tatkala penganjur Tour de... Klik di sini untuk terus membaca

TEKNOLOGI sistem pengecaman muka atau facial recognition system (FRS) sering dianggap antara kejayaan terpenting dalam evolusi penyiasatan di dunia.

Mula dibangunkan sejak era 60-an dan FRS dianggap resipi kejayaan tatkala penganjur Tour de France mahu mengesan pengacau perlumbaan paling berprestij di dunia pada 2021.

Polis Perancis kemudian berjaya mengesan dan menahan penonton yang digelar ‘opi-omi’ itu dengan menggunakan teknologi FRS.

Secara kasar, FRS bermaksud teknologi yang mampu memadankan wajah manusia daripada imej digital atau bingkai video terhadap pangkalan data wajah.

Sistem tersebut digunakan untuk mengesahkan individu tertentu menerusi perkhidmatan pengesahan identiti (ID) yang berfungsi menentukan dan mengukur ciri wajah berdasarkan imej tertentu.

Kebelakangan ini, teknologi FRS sering dikaitkan dengan kejayaan kerana wujud unsur kecerdasan buatan atau artificial intelligent (AI). Begitupun, Selasa lalu ada berita menggemparkan dari New Orleans, Amerika Syarikat (AS).

Teknologi FRS menjadi punca polis tersalah menangkap individu. Penggunaan teknologi FRS menyebabkan pihak berkuasa Louisiana menahan Randall Reid.

Pemuda berusia 28 tahun itu dikatakan memiliki identiti serupa dengan salah seorang lelaki Georgia yang disahkan memiliki waran tangkap.

Kesilapan tersebut telah menyebabkan Reid dipenjarakan bermula 25 November tahun lalu di Penjara DeKalb County, Georgia selepas pihak berkuasa menyabitkan beliau terlibat dalam kes kecurian dompet berjenama mahal di Jefferson Parish dan Baton Rouge. Beliau dibebaskan lima hari kemudian.

Dalam insiden lain, pekerja syarikat pembekal automotif, Robert Williams menganggap panggilan pegawai detektif meminta beliau menyerah diri di Balai Polis Detroit sebagai gurauan.

Williams ditahan dan digari di hadapan isteri serta anak-anaknya yang masih kecil. Williams didapati tidak bersalah selepas penyelidik Institut Teknologi Massachussets (MIT) mengesahkan kesilapan penggunaan teknologi FRS.

Penulis percaya teknologi FRS berfungsi dengan baik kepada lelaki kulit putih tetapi tidak kepada demografi algoritma kulit hitam disebabkan kekurangan kepelbagaian dalam imej digunakan untuk membangunkan pangkalan data asas.

Kesilapan terhadap Reid mencetuskan kemarahan besar di AS. FRS sebenarnya masih dipertikaikan di AS, benua Eropah dan Britain. Mereka menganggap teknologi FRS menceroboh privasi dan menimbulkan kebimbangan peribadi awam (public private concerns).

Kajian MIT mendapati teknologi FRS belum sempurna untuk digunakan secara komersil. Ini kerana wujud kemungkinan tersalah mengenal pasti orang yang berbeza warna kulit disebabkan faktor imej, jarak, cahaya, masa, sudut dimensi, sudut pandang dan beberapa faktor lain.

Penulis percaya ada sisi buruk dan baik dalam penggunaan teknologi FRS. Polis kian mempercayai teknologi FRS sekalipun penyelesaian penghasilan model algoritma masih di peringkat kuasa berganda.

Bukannya pada peringkat kuasa tidak terhingga atau infiniti. Kajian Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan Amerika atau The National Institute of Standards and Technology (NIST) mendapati model algoritma kuasa infiniti boleh mengenal pasti penumpang lapangan terbang dengan foto dalam sistem lebih 99 peratus daripada masa ketika penampilan pertama sebelum kamera menangkap imej muka.

Ada juga beberapa agensi tertentu berpendapat teknologi FRS sangat berbahaya dan mesti segera dihentikan. Pusat Maklumat Privasi Elektronik atau Electronic Privacy Information Centre (EPIC) berpengkalan di Washington DC percaya alat pengawasan digital tersebut mampu dikembangkan dengan mudah tanpa pengetahuan orang ramai dan perlu disekat penggunaannya kerana mengganggu keselamatan awam.

Justeru, apakah isu sebenar berkaitan teknologi FRS? Penulis merumuskan bahawa hasil imej teknologi FRS tidak mempertimbangkan faktor 360 darjah imej keseluruhan data kepala termasuk muka, dahi, mata, hidung, telinga, dagu, rambut, tengkok, belakang kepala, faktor kemasukan cahaya, warna kulit, masa, sudut dimensi, sudut pandang, dan beberapa faktor lain secara dinamik dan statik ketika imej ditangkap (image capture).

Penulis percaya kecekapan imej perlu 100 peratus kurang lebih 0.1 peratus ketepatan imej cemerlang dengan membangunkan enjin pengecaman kecerdasan buatan atau AI recognition engine (AIRE) yang fleksibel merentasi semua konfigurasi spesifikasi sistem asas pengkomputeran seperti Windows, Linux, Android dan iOS Apple.

Bagaimanapun, penulis meramalkan ia tidak mudah dilaksanakan untuk mengatasi cabaran keselamatan sistem pengecaman muka kerana AIRE perlu mempertimbangkan keselamatan pembelajaran mesin atau machine learning dan algoritma pembelajaran mendalam tidak terhingga atau infinite deep learning algorithms. ALLAH SWT sebenarnya telah mengkiaskan teknologi FRS menerusi Surah Yasin ayat (36:65) dan al-Fussilat ayat (41:21).

Oleh kerana itu, penulis percaya Malaysia perlu mengambil kesempatan membangunkan kepakaran teknologi FRS kerana dunia masih dalam kegelapan untuk menyelesaikan masalah jenayah menggunakan kecekapan teknologi ini. Kesimpulannya, evolusi teknologi dunia masih ada cacat celanya.

* Profesor Dr Ir Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).

Klik di sini untuk terus membaca