AWANG ucapkan selamat bersidang pada perwakilan UMNO. Sudah tentulah perhimpunan kali ini penting bagi parti itu.UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya, dengan hanya menang 26 kerusi Parlimen dalam PRU15. Ini tentulah jauh... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG ucapkan selamat bersidang pada perwakilan UMNO. Sudah tentulah perhimpunan kali ini penting bagi parti itu.

UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya, dengan hanya menang 26 kerusi Parlimen dalam PRU15. Ini tentulah jauh lebih kecil daripada 80 yang selalu dimenanginya.

Prestasi terbaik UMNO adalah pada tahun 2004, apabila ia menang 109 kerusi dan BN membolot 198 kerusi keseluruhannya.

Tetapi BN hilang dua pertiga empat tahun kemudian. Sudah tentulah perwakilan UMNO sedar apa yang berlaku.

Sebaik sahaja selepas PRU15, UMNO terpaksa bergabung dengan musuh tradisinya, Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan. Jika tidak kerana UMNO, Kerajaan Perpaduan tidak mungkin lahir dan Tuk Seri Anwar tidak akan jadi PM.

Awang juga mahukan perwakilan fikirkan kemungkinan UMNO akan jadi Partai Golongan Karya (atau Golkar) di Indonesia.

Pada era ‘Orde Baru’ di bawah Presiden Suharto, parti itu besar dan berpengaruh. Selama 32 tahun Suharto memerintah dengan Golkar.

Akibat Gerakan Reformasi dan tumbangnya Suharto pada tahun 1998, Golkar hilang pengaruh. Ia jadi parti kecil dan tanpa taring.

Kali terakhir seorang Presiden datang daripada parti itu ialah BJ Habibie selepas Suharto.

Klik di sini untuk terus membaca