AWANG faham sentimen peringkat akar umbi UMNO pada masa ini.
Tentulah tak semua sokong Presiden sekarang atau setuju dengan tindakan beliau. Beberapa orang Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi pun ada pandangan yang berbeza.
Khabarnya di antara mereka yang menang PRU15 pun ada yang buat agenda tersendiri bertentangan dengan apa yang dimahukan oleh Presiden.
Pada pandangan Awang, UMNO adalah parti yang masih relevan. Parti ini perlu fikirkan masak-masak hala tuju akan datang.
Memang Awang faham ada suara yang mahukan semua kedudukan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden tak payah dipertandingkan pada masa ini. Alasannya tentulah oleh sebab takutkan akan berlaku perbalahan yang akan menambah pecah.
UMNO perlu dipulihkan dulu. Pertandingan akan tambah sukarkan langkah mengukuhkan parti.
Ada juga yang kata demokrasi dalam UMNO harus hidup dan segar. Tak boleh wujud diktator dalam UMNO. Biarlah akar umbi buat keputusan.
Tuk Seri Zahid pun kata, beliau mengalu-alukan perlawanan. Silalah masuk gelanggang jikalau mahu berlawan, lebih kurang begitulah katanya.
Khairy Jamaluddin (KJ) yang nampaknya mewakili kem yang mahukan pertandingan pada peringkat tertinggi pun dah beri ‘tabik hormat’ pada keberanian Zahid.
Soalnya siapa yang nak lawan Zahid? KJ lagi? Pada tahun 2018, KJ pernah cabar Zahid dalam pertandingan tiga penjuru. Apakah akan berlaku ulang tayang kali ini?
Klik di sini untuk terus membaca