SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi mempunyai tempoh sehingga enam bulan untuk membuat sebarang keputusan mengenai petisyen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pakar undang-undang, Profesor Dr... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi mempunyai tempoh sehingga enam bulan untuk membuat sebarang keputusan mengenai petisyen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pakar undang-undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, sekiranya hakim memutuskan terdapat kesalahan pilihan raya yang boleh membatalkan keputusan PRU15, notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pula akan dikeluarkan.

"Kes perlu diselesaikan oleh hakim dalam masa enam bulan daripada tarikh petisyen.

"Setelah membuat keputusan, hakim perlu memaklumkan kepada SPR dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

"Jika diputuskan bahawa ada berlaku kesalahan pilihan raya yang boleh membatalkan keputusan tersebut, satu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Media melaporkan, sebanyak 11 petisyen pilihan raya difailkan di Mahkamah Tinggi selepas berakhir tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang bagi mencabar keputusan PRU15.

Barisan Nasional (BN) juga mengesahkan bakal memfailkan petisyen pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), khususnya di kerusi yang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal menjelaskan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, pihak-pihak yang bertelagah masih boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

"Rayuan di Mahkamah Persekutuan pula perlu dimuktamadkan dalam masa enam bulan daripada tarikh rayuan dibuat,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca