SHAH ALAM - Pengetua atau guru besar yang gagal mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran wang tunai boleh dikenakan tindakan disiplin. Presiden Ikatan Guru-Guru... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengetua atau guru besar yang gagal mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran wang tunai boleh dikenakan tindakan disiplin.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan, langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan khidmat pengiring daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan bagi proses mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000.

"Pengeluaran sehingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar perlu diiringi oleh dua orang guru.

"Jika berlaku kecuaian dan tidak mengikut prosedur, maka guru besar tersebut wajar dikenakan tindakan disiplin kerana gagal mematuhi arahan perkhidmatan penjawat awam," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azizee meminta agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang andaian mendahului siasatan pihak berkuasa sama ada ia mempunyai unsur tidak disengajakan atau akibat kecuaian.

Beliau turut menasihatkan semua pentadbir sekolah agar tidak mengabaikan SOP yang ditetapkan oleh KPM bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Ikut prosedur yang telah ditetapkan kerana kecuaian mengikut arahan berisiko mengakibatkan hal ini terjadi.

"Elak bersikap ambil mudah dan sebagainya. Setiap pihak terlibat juga perlu mempunyai integriti dalam menjalankan tugas.

"Sekiranya berlaku kesilapan akibat kecuaian atau tidak mematuhi prosedur, pihak terlibat wajar dikenakan tindakan," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca