PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, putuskan tidak ada pertandingan pada peringkat jawatan presiden dan timbalan presiden. Maka adalah pandangan dalam kalangan orang UMNO yang pro dan kontra. Khairy Jamaluddin (KJ) sampai ada teori... Klik di sini untuk terus membaca

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, putuskan tidak ada pertandingan pada peringkat jawatan presiden dan timbalan presiden.

Maka adalah pandangan dalam kalangan orang UMNO yang pro dan kontra.

Khairy Jamaluddin (KJ) sampai ada teori konspirasi sendiri. Kononnya ada ‘perwakilan hantu’ yang diseludup masuk ke Dewan Merdeka untuk bagi sokongan pada usul itu.

Bukanlah Awang nak kata hal itu mustahil berlaku tapi dalam keadaan tempat duduk di dewan yang mana semua kenal satu sama lain, susahlah nak terima teori pelik KJ itu. Mungkin kalau nak bawa 10 atau 20 orang dengan cara itu bolehlah juga, tapi nak bawa 100 atau 200 orang atau lebih tentulah tak masuk akal.

Tuk Seri mantan PM, Pak Mail pula ada pandangan sendiri. Dia mahu keputusan itu dirujuk pada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Tapi kenapa keputusan dalaman parti nak serah pada RoS buat keputusan?

Lagipun bukan kali pertama PAU buat keputusan macam itu. Seingat Awang, dah banyak kali sebelum ini.

Pada pendapat Awang, kita kena akur pada keputusan perwakilan. Keputusan majoriti kena pakai, baru namanya demokrasi.

Klik di sini untuk terus membaca