AWANG terkejut juga apabila mendengar khabar Menteri Besar Terengganu tidak sambut PM datang ke negerinya. Bukan itu sahaja, Exco kerajaan negeri pun khabarnya tak hadir.
Pelik bin ajaib. Seingat Awang, Tuk Seri Anwar Ibrahim itu PM buat Malaysia, maksudnya termasuk Terengganu.
Jadi ini bukan soal perbezaan parti, ia soal hormat pada kedudukan PM dan jawatannya.
Awang rasa terkilan sangat tindakan seorang pemimpin negeri yang semacam itu. Bukanlah Awang nak persoal kemampuannya tapi tentang etika berpolitiknya.
Kita semua tahu pada masa ini Terengganu bukan di bawah PH, begitu juga Kelantan, Perlis dan Kedah.
Tapi sejak dari dulu, baik siapa pun yang perintah negeri, termasuk pembangkang, tetap ada hormat-menghormati antara negeri dan Pusat.
Ini termasuklah apabila Kelantan dipimpin oleh Allahyarham Datuk Nik Aziz dan Terengganu di bawah Tan Sri Hadi Awang. Semua mereka ada masalah dengan kerajaan Persekutuan.
Ada dasar yang mereka tak setuju. Mereka kritik secara terbuka. Dan kerajaan Persekutuan pun kritik juga pimpinan negeri.
Tapi penghormatan jawatan tertinggi pada peringkat negara atau Pusat tidak pernah diperlekehkan.
Klik di sini untuk terus membaca