AWANG sebetulnya tak faham sangat soal gagasan, label, slogan atau brand.
Maklumlah, hal-hal macam itu orang bijak pandai sahaja yang tahu. Jadi bila kawan sebut dengan nada sinis ‘Malaysia Hadari pulak dah!’ berfikir panjang Awang.
Tentulah kawan itu merujuk pada gagasan Tuk Seri PM baharu, ‘Malaysia Madani’. Kalau Awang tak silap Tuk Seri PM dah popularkan ‘Masyarakat Madani’ masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990-an lagi.
Nampaknya betullah kata orang, tiap PM ada gagasan dan slogan sendiri. Tun Dr Mahathir kenalkan Wawasan 2020, Tun Abdullah kenalkan Islam Hadari, Tuk Seri Najib pula 1Malaysia, Tan Sri Mahiadin (Masyarakat Prihatin) dan Tuk Seri Ismail Sabri (Keluarga Malaysia).
Maka riuh rendahlah satu negara pasal slogan baharu itu.
Awang teringat TV1 terkocoh-kocoh tukar program paginya pada Selamat Pagi 1Malaysia pada zaman Tuk Seri Najib. Masa Tun Abdullah ada Institut Islam Hadari di sebuah universiti.
Jadi Awang tak hairanlah kalau gagasan Tuk Seri Anwar ini akan diguna pakai dengan luas.
Semua orang akan bercakap pasal ‘madani’ pula sekarang. Sudah tentu akan ada institusi pengajian tinggi buat Institut Pengajian Madani.
Padanlah kawan Awang senyum sinis.
Klik di sini untuk terus membaca