MASA berkempen pilihan raya yang baru lepas, salah satu serangan keras ke atas kerajaan masa itu adalah isu telur. Nampak kelakar, tapi memang telur salah satu kempen pilihan raya yang berkesan bagi pembangkang. Tuk Seri Ketua Pembangkang... Klik di sini untuk terus membaca

MASA berkempen pilihan raya yang baru lepas, salah satu serangan keras ke atas kerajaan masa itu adalah isu telur.

Nampak kelakar, tapi memang telur salah satu kempen pilihan raya yang berkesan bagi pembangkang. Tuk Seri Ketua Pembangkang masa itu pun hebat mengkritik kerajaan pasal telur.

Apabila pembangkang jadi kerajaan, rakyat tentu tagih janji, "mana telur kami?” Nampaknya ke atas Mat Sabu dan Tuk Seri Salahuddin Ayub beban soal telur ini sekarang.

Yang seorang cari telur, yang seorang lagi nak pastikan telur ada di pasaran. Nampaknya tak mudah nak selesaikan hal telur.

Mat Sabu pun terus terang dalam soal ini. Khabarnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) yang dipimpinnya dapat markah corot daripada segi penilaian persepsi rakyat. Awang tak terperanjat.

Menurut beritanya, pada Oktober tahun lalu, negara kekurangan 118 juta biji telur dan dalam November pula 157 juta. Pada bulan Disember, kekurangan itu cuma satu juta sahaja.

Kadang-kadang kerajaan kena tegas juga. Jangan ikut sangat gendang penternak, pembekal dan pengedar. Keutamaan mereka nak buat duit. Maka macam-macamlah alasan yang akan diberikan.

Kerajaan mesti pastikan langkah drastik. Jikalau perlu halang eksport telur buatlah, apa nak ditunggu?

Apakah janji pemimpin PH semasa kempen? Bukankah nak utamakan rakyat, bukan peniaga besar dan kaya?

Klik di sini untuk terus membaca