SHAH ALAM - Langkah membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat sebagai strategi terakhir yang boleh digunakan kerajaan bagi membantu rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Langkah membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat sebagai strategi terakhir yang boleh digunakan kerajaan bagi membantu rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ini kerana ia berkaitan dengan jaminan masa depan pencarum.

Menurut beliau, jika kerajaan tiada cara lain dalam menyelesaikan masalah ekonomi rakyat jadi pengeluaran KWSP mungkin adalah pilihannya.

Tegasnya, kerajaan pasti sudah melihat dan mengetahui kedudukan KWSP sebelum membuat keputusan sama ada pendekatan itu sesuai atau tidak.

Abdul Rahman

"Beginilah dalam setiap permasalahan ekonomi kena tengok masa dan ketika masalah itu berlaku.

"Mungkin pada suatu ketika pengeluaran KWSP sesuai untuk dikeluarkan namun setiap senario ekonomi berbeza walaupun ia berlalu hanya beberapa bulan.

"Kadang-kadang bulan Januari tahun lepas lain, Jun dan Disember lain dan sekarang pun lain.Tidak bermakna tahun lepas keluar tahun ini pun kena keluarkan lagi,” katanya pada Selasa.

Media melaporkan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar individu yang sebelum ini lantang bersuara mengenai isu rakyat ketika beliau menjadi Perdana Menteri, supaya ‘muncul’ berbuat perkara sama terhadap pentadbiran kerajaan sekarang.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan siapa individu yang dimaksudnya.

Jelas Abdul Rahman, beliau menghargai pandangan mantan Perdana Menteri, namun setiap masalah ekonomi tidak boleh menggunakan cara sama.

"Kita perlu melihat semula perkara yang berlaku pada waktu itu.

"Saya tidak kata Ismail Sabri salah, kalau kerajaan rasakan keadaan dan kekuatan KWSP masih boleh menampung satu lagi pusingan pengeluaran memang tiada masalah.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu kedudukan sebenar KWSP, yang tahu hanya kerajaan,” ujarnya

Klik di sini untuk terus membaca