PENGUMUMAN bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertanding kerusi Parlimen Sungai Buloh bagi PRU15 menjadi satu tamparan hebat buat calon PH dari PKR, Datuk R Ramanan. Biarpun berbekalkan status sebagai calon ‘payung terjun’ di... Klik di sini untuk terus membaca

PENGUMUMAN bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertanding kerusi Parlimen Sungai Buloh bagi PRU15 menjadi satu tamparan hebat buat calon PH dari PKR, Datuk R Ramanan.

Biarpun berbekalkan status sebagai calon ‘payung terjun’ di situ, Ramanan membuktikan dirinya sebagai dragon slayer menewaskan Khairy sekali gus mengukuhkan penguasaan PKR.

SINAR PREMIUM: Apa perasaan Ramanan diumumkan sebagai pemenang dengan menewaskan nama besar seperti Khairy?

RAMANAN: Saya berasa gembira kerana berjaya membantu PH dan Presiden PKR (Anwar) mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Buloh, namun ia juga bermakna suatu amanah dan tugas besar sedang menanti.

Saya mempunyai tugas besar untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah dan isu dihadapi pengundi dan penduduk di Sungai Buloh, dalam tempoh lima tahun akan datang.

SH: Apa isu dan masalah utama yang dihadapi penduduk Sungai Buloh yang memerlukan perhatian utama pada masa ini?

Antara masalah utama dihadapi masyarakat yang perlu diselesaikan secepat mungkin oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah kesesakan lalu lintas, infrastruktur terutama jalan raya rosak dan berlubang serta banjir kilat.

SH: Apakah rahsia utama kejayaan Ramanan membantu parti mempertahankan Parlimen Sungai Buloh?

Rahsia utama kejayaan saya menang di Parlimen Sungai Buloh adalah kerja kuat dan kerjasama erat jentera PH termasuk bekas penyandang kerusi ini iaitu R Sivarasa.

Saya bukan hanya mahu berterima kasih kepada Sivarasa, malah pengundi di Parlimen Sungai Buloh kerana memilih saya sebagai wakil rakyat mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

Anwar menjulang tangan Ramanan sebagai tanda kemenangan PH di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15 lalu.
SH: Adakah Ramanan berasa terkilan kerana tidak dilantik memegang sebarang jawatan dalam kerajaan biarpun menang di Sungai Buloh?

Kita kena ambil kira pelbagai aspek kerana kerajaan sekarang bukan kerajaan PH tetapi Kerajaan Perpaduan Malaysia iaitu gabungan pelbagai parti lain.

Jadi kita kena hormati keputusan Perdana Menteri untuk melantik mana-mana pemimpin sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Kita tidak boleh fikir mengenai kepentingan diri sendiri sahaja kerana sebelum ini negara pernah menukar tiga Perdana Menteri dan kerajaan dalam masa empat tahun lalu.

Justeru, semua ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia perlu fokus untuk mewujudkan kerajaan benar-benar stabil.

SH: Apa nasihat Ramanan kepada ahli Parlimen terutama PH yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan sekarang?

Apabila kita dipilih menjadi seorang ahli Parlimen, kita mestilah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kita bukan hanya perlu membantu rakyat semasa ekonomi dunia mengalami kemerosotan.

Malah, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat dan pengundi sepanjang tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen terbabit.

R Ramanan

Pada pandangan Ramanan, adakah PH dijangka mampu mempertahankan penguasaan di DUN dan pemerintahan di Selangor berikutan kebangkitan gelombang hijau pada PRU15 lalu?

Saya yakin PH akan kekal memerintah Selangor selepas pilihan raya negeri (PRN) tahun ini biarpun berlaku gelombang hijau di negeri lain kerana kami sekarang mempunyai rakan sekutu baharu iaitu Barisan Nasional (BN).

BN dan PH akan bergabung tenaga untuk menewaskan PN di Selangor dalam PRN tahun ini.

Klik di sini untuk terus membaca