AWANG bukanlah pandai sangat hal ekonomi. Mungkin Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kita ada ilmu ekonomi yang banyak.
Oleh sebab itu, dia keluar macam-macam ‘petua’ ekonomi untuk rakyat.
Sebelum ini, dia kata kurangkan makan ayam untuk pastikan harga ayam rendah. Itu ikut teori permintaan dan penawaran.
Kalau banyak permintaan dalam pasaran terbuka maka harga secara automatik akan naik. Kurang permintaan, maka harga turun.
Rafizi macam salahkan pengguna kerana harga barangan yang sukar turun.
Maka marahlah rakyat oleh sebab tak mudah nak henti makan ayam.
Tak mudah tak hentikan makan sesuatu untuk turunkan permintaan. Ayam dan telur makanan berzat yang termampu dibeli rakyat.
Selepas itu, Rafizi cadangkan boikot restoran kalau tak turunkan harga makanan dan minuman.
Mungkin Rafizi tak tahu berapa banyak barang mentah yang turun harga.
Banyak bahan yang dibeli oleh pengusaha restoran besar dan kecil tak turun lagi. Ikan kembung pun mahal. Bawang mahal. Telur susah dapat. Sayur mahal.
Apa barang yang harga turun sekarang?
Awang setuju dengan mantan PM Tuk Seri Ismail Sabri bahawa cadangan nak boikot restoran tak bertanggungjawab.
Tindakan seperti itu sebetulnya tak selesaikan masalah sebenar.
Patutnya Rafizi pastikan dahulu janji PH nak kawal harga barang ditunaikan.
Tahulah Awang sekarang, masa jadi pembangkang senang kritik.
Bila dah jadi kerajaan kenalah berhemah buat kenyataan. Banyaklah orang yang perhati, analisis dan kritik.
Klik di sini untuk terus membaca