AHLI Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional (PN) yang pertama kali bertanding tidak menyangka mampu menewaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dianggapnya sebagai idola atau... Klik di sini untuk terus membaca

AHLI Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional (PN) yang pertama kali bertanding tidak menyangka mampu menewaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dianggapnya sebagai idola atau tok gurunya dalam politik.

Dan kemenangan itu menjadi batu loncatan buat dirinya di samping kejayaan PN menguasai 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

SINAR PREMIUM: Sebagai calon underdog, adakah Datuk terfikir akan menang besar sehingga menyebabkan Dr Mahathir tewas?

MOHD SUHAIMI: Saya tidak pernah terfikir, bermimpi mahupun memasang angan-angan untuk mengalahkan Dr Mahathir.

Sejurus mendapat khabar gembira itu, saya berasa amat terkejut dan tidak menyangka saya dapat mengalahkan legenda negara.

Dalam masa sama, saya turut berasa sedih kerana beliau merupakan individu hebat yang pernah membangunkan Langkawi.

Semasa hari penamaan calon, saya sempat berjumpa dengannya dan menjelaskan watikah parti yang memilih saya untuk bertanding di Langkawi biarpun perjuangan politik saya selama ini di Jerai.

Saya tiada pilihan dan menghormati keputusan parti selain terpaksa bersaing dengan mentor sendiri.

SH: Apakah rahsia kemenangan Datuk?

Tiada rahsia tetapi saya percaya bahawa saya mengamalkan persaingan yang sihat.

Saya tidak memfitnah atau menggunakan serangan peribadi.

Fokus utama kempen kami adalah untuk ‘menagih simpati’ rakyat supaya memberi kemenangan kepada PN.

Pada awalnya, masyarakat Langkawi tidak menerima calon yang bukan anak jati negeri itu. Jadi saya menerima tekanan yang kuat daripada Bersatu dan penduduk-penduduk di sana.

Selepas saya turun padang dan menjelaskan keputusan parti, akhirnya saya diterima dan kemenangan berpihak kepada kami.

Mohd Suhaimi (kanan) bersama calon Parlimen Langkawi termasuk Dr Mahathir (tiga dari kanan) pada PRU15 lalu.

SH: Apa perasaan Datuk tentang kejayaan PN di Kedah?

Selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri, saya bersyukur kerana kami menang 14 kerusi Parlimen di Kedah kecuali Sungai Petani.

Ini merupakan usaha kerjasama Pas dan Bersatu. Kemenangan PN di Langkawi bukan kerana faktor calon yang diletakkan tetapi pemilihan parti daripada anak muda.

SH: Apakah cabaran ketika itu, memandangkan PN masih baharu di Kedah berbanding Pas?

Saya ambil rujukan Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan Sabah.

Berdasarkan undi ramai, kebanyakan orang Melayu memberi sokongan kepada PN yang berkempen menggunakan bendera PN ketika itu.

Dari situ, kita boleh melihat pengundi sudah mula menerima konsep PN.

Hasil daripada keputusan Parlimen yang kita dapati di Kedah, bendera PN sudah sangat sinonim dengan Pas dan Bersatu.

Jadi tiada istilah mereka keliru warna hijau atau simbol bunga.

Mohd Suhaimi (kanan) bersama calon Parlimen Langkawi termasuk Dr Mahathir (tiga dari kanan) pada PRU15 lalu.

SH: Apa perubahan yang Datuk akan bawa di Langkawi kelak?

Saya akan menyambung legasi Dr Mahathir mengikut cara tersendiri.

Saya akan mencadangkan agensi penerbangan untuk menambah lebih banyak penerbangan ke Langkawi.

Selain itu, saya juga akan menyelesaikan masalah feri di Langkawi.

Semasa negara di dalam fasa pandemik dua tahun lalu, kebanyakan feri tidak berjalan dan banyak pasir sudah naik ke jeti.

Cabaran saya adalah mengembalikan Langkawi sebagai hub pelancongan yang popular seperti dahulu.

Langkawi pernah mencatatkan rekod kemasukan pelancong sebanyak 3.9 juta pada tahun 2019.

Kini, jumlah pelancong masih di bawah satu juta dan ia merupakan satu cabaran besar untuk meningkatkan kembali angka berkenaan.

Klik di sini untuk terus membaca