AWANG terkejut juga dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya tentang syarikat dan individu yang sapu duit semasa negara menghadapi krisis Covid-19. Menurut beliau, lebih 100 buah syarikat telah... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG terkejut juga dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya tentang syarikat dan individu yang sapu duit semasa negara menghadapi krisis Covid-19.

Menurut beliau, lebih 100 buah syarikat telah disiasat berhubung dengan ketirisan peruntukan memerangi Covid-19.

Jumlah yang terlibat adalah RM194 juta. Banyak yang telah diselewengkan. Ini termasuklah 34 syarikat yang membuat tuntutan palsu. Ada pula yang buat tuntutan berganda guna pelbagai nama tetapi daripada pemilik yang sama.

Awang sedih oleh sebab banyak oportunis yang menangguk di air keruh. Mereka mengambil kesempatan daripada perisytiharan darurat untuk menyalahgunakan peruntukan yang disalurkan kepada mereka.

Mereka telah menggadai nasib rakyat yang terjejas pada masa yang susah. Keadaan jadi tambah buruk apabila tidak ada pengawasan dan mekanisme yang berkesan untuk membuat pemantauan.

Agensi kerajaan yang menyalurkan wang kepada syarikat-syarikat ini juga sama bersalah dalam soal ini.

Begitulah nampaknya nasib rakyat. Awang harap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. SPRM tidak harus pandang bulu dalam soal ini.

Mungkin ada syarikat yang ada kaitan rapat dengan orang politik atau memang kroni orang politik. Dakwa semua yang terbabit!

Klik di sini untuk terus membaca