AWANG memang setuju sangat dengan Tuk Seri Perdana Menteri yang satu masa dulu tegur sistem pendidikan kita yang katanya ‘bercelaru’. Oleh yang demikian beliau cadangkan rombakan sistem pendidikan negara. Beliau juga mendakwa, sistem... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang setuju sangat dengan Tuk Seri Perdana Menteri yang satu masa dulu tegur sistem pendidikan kita yang katanya ‘bercelaru’.

Oleh yang demikian beliau cadangkan rombakan sistem pendidikan negara. Beliau juga mendakwa, sistem pendidikan semasa tidak menjamin peningkatan mutu yang baik oleh sebab tidak bersedia mendengar teguran, pandangan serta hujah balas guru di lapangan.

Dua hari lepas Tuk Seri PM bangkitkan soal nak imbangkan di antara jiwa dan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekali lagi Awang sokong penuh.

Soalan Awang, siapakah yang boleh melakukannya? Apakah dua orang menteri yang terbabit punya visi yang sama dengan beliau?

Apakah mereka juga menjadi pemikir selain daripada menjalankan tugas harian dengan segala macam kerumitan yang ada?

Awang khuatir mereka tidak ada masa untuk berfikir lebih jauh tentang jiwa dan kecemerlangan.

Kita tentu sedar banyak kritikan ke atas sistem pendidikan kita hari ini, khususnya yang membabitkan sekolah kebangsaan.

Ada komen bahawa sekolah kebangsaan dah menjurus jadi sekolah agama. Ada sekolah yang mula bezakan aktiviti pelajar dari pelbagai kaum.

Pendeknya, cabaran pendidikan bukan kecil. Kalau bukan calang-calang orang yang dipilih di dua kementerian yang membabitkan pendidikan itu, maka bebannya akan jatuh ke atas Tuk Seri PM yang punya pandangan luas dan hebat.

Klik di sini untuk terus membaca