SHAH ALAM - Kegagalan pentadbiran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melaksanakan 115 inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) antara punca skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun lalu merosot... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kegagalan pentadbiran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melaksanakan 115 inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) antara punca skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun lalu merosot kepada 47 mata.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, inisiatif disenaraikan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) tersebut merupakan pelan terbaik di dunia untuk diikuti.

"Kegagalan kerajaan (ketika itu) bagi melaksanakan pelan yang terbaik ini menunjukkan tidak wujud kehendak politik untuk menjadi lebih baik.

"Kerajaan berdepan dengan ketidakstabilan politik yang teruk sebelum PRU15 menyebabkan mereka sendiri tidak mampu dan tidak berani untuk melaksanakan pembaharuan yang dirancang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

"Penilaian yang dibuat oleh beberapa kajian ini memfokuskan kepada pendapat golongan orang luar yang bekerja dan melakukan perniagaan di dalam Malaysia.

"Jadi, adakah responden ini benar-benar melaksanakan perniagaan atau berurusan dengan pelbagai agensi negara, atau sekadar beri pandangan berdasarkan persepsi mereka sahaja?” soal beliau.

Tambah Jais, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu meningkatkan semula skor CPI tersebut pada tahun akan datang kerana dilihat komited dalam membendung gejala rasuah.

"Kita lihat sahaja kerajaan sekarang ini untuk meneruskan langkah pembaharuan yang sedang dilaksanakan,” jelasnya.

INFOGRAFIK

Kurangnya kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi

- Pakej rangsangan Covid-19 berjumlah besar dilancarkan tanpa perbahasan dan penelitian Parlimen.

- Lantikan politik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan/syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

- Keengganan untuk mengatasi kos berlebihan dengan tegas (contoh: projek kapal tempur pesisir).

- Kegagalan tadbir urus berulang kali yang didedahkan Ketua Audit Negara.

- Kurangnya tindakan terhadap penjawat awam yang didapati menyalahgunakan jawatan.

- Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang perlahan.

- Pembaharuan institusi telah terhenti

- Empat kerajaan terdahulu gagal membentangkan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

- RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disemak semula kepada RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang lemah dan tidak berkesan.

- Tiada perkembangan dalam cadangan reformasi SPRM dari tahun 2015.

- Kemajuan perlahan terhadap penambahbaikan Akta Pemberi Maklumat 2010.

- RUU Perolehan Kerajaan masih belum dibentangkan di Parlimen.

- Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Klik di sini untuk terus membaca