INI betul-betul kes tak ada pasal cari pasal. Tuk Seri PM tentu boleh agak reaksi rakyat apabila anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan beliau.
Jenuhlah Tuk Seri PM nak menjawab pelbagai tohmahan tentang pelantikan itu.
Macam-macamlah komen yang kita dengar dan baca. Tapi semuanya menjurus kepada janji Tuk Seri PM sendiri.
Beliau kecam pemimpin sebelum ini yang lantik anak bini dalam pelbagai kedudukan.
Orang suka sangat pandangan jujur Tuk Seri PM itu. Tiba-tiba dia lantik anak sendiri sebagai penasihat ekonomi.
Ini bukan soal Nurul Izzah dibayar atau tidak. Banyak yang bangkitkan soal janji Tuk Seri PM sendiri.
Orang timbulkan soal integriti dan tadbir urus yang baik, yang jadi modal kempen beliau.
Macam kata pemimpin PKR, Hassan Karim, pelantikan Nurul Izzah salah dari segi moral.
Pada pendapat Awang tak usahlah Tuk Seri PM mengundang kritikan yang tak berpatutan ke atas dirinya. Orang masih sayangkan dia.
Rakyat nak beliau selesaikan isu kos hidup yang tinggi dan harga barang yang mahal.
Buatlah yang itu dulu. Nak lantik anak, bini dan cucu pada masa ini bukan masanya.
Klik di sini untuk terus membaca