AWANG sebetulnya simpati sangat dengan apa yang berlaku pada Khairy Jamaluddin (KJ). Pada pendapat Awang, tindakan Majlis Tertinggi UMNO itu tidak bijak.
Bukanlah Awang nak pertahankan KJ, tapi Awang percaya cara beliau dibuang akan hanya membawa kesan buruk kepada UMNO.
Memang ada yang kata KJ bersalah dan langgar peraturan parti. Tapi sebesar manakah ‘dosa’ KJ hingga beliau perlu dibuang?
Apakah dengan menyuarakan pandangan yang berbeza dia dianggap menderhaka? Bukankah beberapa isu yang dibangkitkan oleh KJ relevan buat UMNO masa ini?
Atau memang UMNO hari ini tidak lagi menghargai pandangan yang tak sehala dengan pucuk pimpinan?
Apakah orang macam Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Tuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Sufian tak ada tempat dalam UMNO lagi?
Banyak orang risau kesan penyingkiran KJ dan penggantungan yang lain pada masa depan UMNO.
Tempiasnya terkena juga pada Kerajaan Perpaduan Tuk Seri PM juga.
Awang percaya semua yang terbabit ada pengikut dan penyokong sendiri. Banyak yang diam memerhati saja. Tapi air tenang jangan disangka tak ada bencana.
Klik di sini untuk terus membaca