SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui pembekuan beberapa akaun miliknya akan menjejaskan kempen sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) berlaku dalam masa terdekat. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui pembekuan beberapa akaun miliknya akan menjejaskan kempen sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) berlaku dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana Bersatu merupakan sebuah parti kecil dan tidak mempunyai wang yang banyak.

"Kalau tidak ada duit langsung, nak jalankan pilihan raya bukan mudah. Jadi, ia akan menekan usaha kita dalam kempen nanti.

"Tetapi kalau perlu kita berjalan, berjumpa dengan rakyat seorang demi seorang setakat mana yang kita mampu, kita akan teruskan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.

Ahmad Faizal memaklumkan, beberapa akaun Bersatu itu telah dibekukan sejak tiga minggu lalu dan beliau tidak mengetahui ia berkait isu apa.

"Kita telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita berharap agar mereka segera dapat lakukan siasatan kerana apabila akaun parti ini dibekukan, kita ada masalah untuk operasi parti seperti membayar gaji pekerja dan sebagainya,” jelasnya.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad sebelum ini turut dilapor menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

"Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

"Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. Ia telah difailkan di RoS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” kata Marzuki dalam satu kenyataan di laman web Bersatu.

Klik di sini untuk terus membaca