SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan menegaskan pemimpin itu tidak perlu menjadi jurucakap kepada Suruhanjaya Pencergahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebaliknya,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan menegaskan pemimpin itu tidak perlu menjadi jurucakap kepada Suruhanjaya Pencergahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya, Tuan Ibrahim mengingatkan Isham supaya 'tidak menangguk di air keruh', sebaliknya melaksanakan tugasnya dengan baik demi memastikan segala manisfesto dan janji dibuat UMNO semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipenuhi parti berkenaan.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan Pas sedia memberikan kerjasama sepenuhnya jika SPRM mahu menyiasat dana parti berkenaan.

"Isham tak perlu jadi jurucakap bagi pihak SPRM, sebaliknya laksanakan tugas bagi memenuhi segala manifesto dan janji semasa kempen PRU15 lalu. Keperitan hidup rakyat dengan pelbagai peningkatan kos hidup mesti dicari jalan penyelesaiannya.

"Pas tiada masalah untuk disiasat. Bahkan bila PH (Pakatan Harapan) menfitnah kononnya Pas dapat RM90 juta dalam PRU14, SPRM telah siasat akaun parti dan telah membuat kenyataan rasmi tentang fitnah tersebut," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

TUAN IBRAHIM

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Isham bahawa SPRM patut menyiasat akaun milik Pas selepas pihak berkuasa membekukan akaun sekutu rapatnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Rabu.

Tindakan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang menegaskan beberapa akaun milik Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Azam berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pada Disember tahun lalu, SPRM telah menerima butiran daripada Kementerian Kewangan berhubung dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2020 dan 2021 berkait pengurusan Covid-19.

Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Klik di sini untuk terus membaca