BERDASARKAN ingatan Awang yang tak berapa panjang, ini bukanlah kali pertama akaun sebuah parti politik dibekukan dalam sejarah negara kita. Sebelum ini akaun UMNO, SUPP dan lain-lain pernah dibekukan. Khabarnya Bersatu kena jelaskan wang... Klik di sini untuk terus membaca

BERDASARKAN ingatan Awang yang tak berapa panjang, ini bukanlah kali pertama akaun sebuah parti politik dibekukan dalam sejarah negara kita.

Sebelum ini akaun UMNO, SUPP dan lain-lain pernah dibekukan.

Khabarnya Bersatu kena jelaskan wang sebanyak RM300 juta dalam akaunnya.

Tuk Seri PM sendiri kata jikalau benar-benar parti itu ‘bersih’, kenalah jelaskan pada SPRM mengapa ia mampu kumpul wang sebanyak itu dalam waktu yang singkat?

Menurut beritanya, siasatan SPRM itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Wah, berat nampaknya tu.

Sudah tentulah Bersatu tak senang hati. Kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin, itu semua tindakan bermotif politik. Pembekuan itu akan jejaskan kempen pilihan raya negeri yang bakal diadakan tak lama lagi.

Beliau juga kata, Bersatu tak terima sebarang dana daripada pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM92.5 bilion itu.

Pada pendapat Awang, Bersatu tak perlu risau jikalau benar ia tak bersalah. Parti lain yang dibekukan akaunnya terima secara terbuka.

Lagipun salah satu perkataan dalam slogan pilihan raya Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya adalah ‘bersih’.

Klik di sini untuk terus membaca