BAGUS sangatlah Tuk Seri PM nak kurangkan kerenah birokrasi. Nampaknya salah satu cara adalah untuk berikan imej yang bersahaja dengan tidak bertali leher. Ini termasuklah kelonggaran ahli-ahli Parlimen daripada memakai tali leher di Dewan... Klik di sini untuk terus membaca

BAGUS sangatlah Tuk Seri PM nak kurangkan kerenah birokrasi.

Nampaknya salah satu cara adalah untuk berikan imej yang bersahaja dengan tidak bertali leher.

Ini termasuklah kelonggaran ahli-ahli Parlimen daripada memakai tali leher di Dewan Rakyat.

Nampaknya budaya baharu ini ditunjukkan dalam lawatan rasmi beliau ke Indonesia dan Singapura.

Awang harap dress down ini juga bawa makna yang lain — kurangkan birokrasi kerajaan.

Tuk Seri PM kena turun padang tengok macam mana kakitangan kerajaan buat kerja. Khabarnya sekarang makin susah buat bisnes.

Makin banyak birokrasi. Kerja mudah macam buat pasport dan kad pengenalan pun makin rumit.

Banyak kerajaan tempatan susahkan urusan dengan mereka.

Tak guna cakap kurangkan birokrasi pada peringkat PM, menteri dan ahli Parlimen jika peniaga dan rakyat berdepan dengan tembok birokrasi yang makin teruk.

Sepatutnya mesej kurangkan birokrasi ini kena diturunkan ke bawah, hingga pada peringkat kementerian, jabatan, kerajaan negeri, penguasa tempatan dan PBT. Mereka sebetulnya yang bagi masalah pada rakyat.

Awang harap sangat kita jangan sibuk dengan simbol dan slogan.

Tiap pemimpin bawa slogan sendiri.

Tuk Seri PM dengan ‘Malaysia Madani’ pula.

Pada pendapat Awang, yang lebih penting adalah hasil tindakan pada mata rakyat.

Klik di sini untuk terus membaca