AWANG bukanlah nak persoal pelantikan sesiapa jadi duta ke mana sahaja. Itu hak Perdana Menteri. Tapi sebaiknya lantiklah duta daripada kalangan mereka dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD). Lebih-lebih lagi untuk jadi duta di... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG bukanlah nak persoal pelantikan sesiapa jadi duta ke mana sahaja. Itu hak Perdana Menteri.

Tapi sebaiknya lantiklah duta daripada kalangan mereka dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD). Lebih-lebih lagi untuk jadi duta di negara macam Amerika Syarikat (AS).

Kita ada kepentingan dalam hubungan dengan negara kuasa besar itu. AS negara yang boleh jejaskan masa depan kita dan rantau ini. Bak kata orang, AS bersin kita terkena kesannya.

Kita semua harap dengan naiknya Kerajaan Perpaduan pimpinan Tuk Seri PM akan berlaku perubahan besar.

Sebelum jadi kerajaan banyak janji nak buat reformasi. Nak ubah itu dan ini.

Nak pastikan integriti dan tadbir urus yang baik. Tapi nampaknya janji tinggal janji. Tak nampak lagi reformasi yang dijanjikan. Yang disibukkan hal macam Malaysia Madani yang rakyat macam Awang tak faham sangat.

Pada pendapat Awang, melantik orang politik ke jawatan yang dipegang oleh PTD bukan langkah yang baik.

Bagi kakitangan PTD pula pasti terjejas semangat mereka. Lepas ini berapa banyak lagi mantan menteri yang akan ambil tugas mereka. Pegawai PTD ini terlatih bertahun-tahun. Mereka bina kerjaya dalam bidang diplomatik.

Macam kata orang utara, nampaknya pi mai pi mai tang tu juga. Putar sana putar sini orang itu juga.

Klik di sini untuk terus membaca