AWANG angkat tabik pada Khairy Jamaluddin! Bagus sangatlah dia jadi DJ di radio Hot FM milik Media Prima Berhad.
Itu namanya reformasi diri. Tak payah nak tunggu dilantik jadi itu dan ini. Dia sendiri buat keputusan untuk jadi DJ.
Memang Awang hormat pada KJ dari dulu. Memang dulu orang anggap dia ‘budak Pak Lah’ dan sebahagian dari ‘Budak Tingkat Empat’ yang kontrol Pak Lah.
Walaupun dia pernah jadi Ketua Pemuda, dia tak diberi apa-apa jawatan kabinet.
Apabila dia jadi Menteri Kesihatan, kerjanya amat cemerlang. Awang rasa dia salah seorang Menteri Kesihatan terbaik kita pernah ada.
Sayang dia terpaksa bertanding di Sungai Buloh dalam PRU15 dan kalah.
Apabila dia disingkirkan oleh partinya dia tak meraung kesedihan. Cepat-cepat dia buat perubahan lagi. Jadi DJ satu kesempatan yang baik untuk dia dekati rakyat. Siapa yang ada peluang dapat bercakap kepada ratusan ribu pendengar setiap pagi? Itulah kelebihan KJ.
Awang rasa parti yang singkir dia akan menyesal. KJ akan pergi lebih jauh lagi. Dia akan tambah popular.
Dia akan buktikan bahawa orang yang terbuang tak akan terus terbuang.
Klik di sini untuk terus membaca