NAMPAKNYA makin menjadi-jadi perbuatan lepas cakap, kemudian minta maaf. Masa bercakap tak fikir kesannya. Macam kata pepatah Melayu, lidah tak bertulang. Orang politik kadang-kadang memang main tembak sahaja. Ada yang buat macam-macam... Klik di sini untuk terus membaca

NAMPAKNYA makin menjadi-jadi perbuatan lepas cakap, kemudian minta maaf.

Masa bercakap tak fikir kesannya. Macam kata pepatah Melayu, lidah tak bertulang.

Orang politik kadang-kadang memang main tembak sahaja. Ada yang buat macam-macam kenyataan ikut sedap hati khususnya masa berkempen. Ada yang hentam secara peribadi. Ada kenyataan yang berbau perkauman.

Pendeknya cakap ikut sedap sahaja, asalkan orang suka dengar.

Masa kempen pilihan raya yang bukan orang politik pun sibuk nak jadi hero. Ada pelakon yang lepaskan kata-kata nak bunuh orang itu dan ini. Ada yang buat kenyataan palsu dan jahat. Lepas itu minta maaf.

Mantan ahli sukan pun buat hal juga. Seorang bekas pemain pelapis BAM pun masuk sekaki. Tuduh kelemahan badminton negara disebabkan oleh pengurusan di tangan orang Melayu.

Maka ramailah orang kecam beliau. Termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo.

"Kenyataan rasis tak ada tempat dalam sukan negara,” kata beliau.

Mungkin pemain badminton ini lupa, satu masa dulu pemain top badminton banyak terdiri daripada mereka yang bukan Melayu.

Apabila Sidek Bersaudara masuk dan jadi dominan, baharu nampak pembabitan orang Melayu.

Tapi jangan lupa, pengurusan sukan badminton di tangan pengurus Melayu sejak era gemilang badminton pada tahun 1950-an lagi dan pemain ketika itu banyak orang Cina.

Awang harap kita semua berhati-hati nak buat kenyataan. Lebih-lebih lagi pada zaman media sosial ini.

Apa gunanya minta maaf apabila kerosakan telah berlaku?

Klik di sini untuk terus membaca