SHAH ALAM - Tindakan bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu Melaka. Ketua Bersatu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tindakan bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu Melaka.

Ketua Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub menegaskan tindakan Mohd Rafiq menyertai UMNO tidak memberikan kesan besar kepada PN dan Bersatu kerana bekas Naib Presiden Bersatu itu sudah lama meninggal parti itu bersama beberapa individu lain.

Mohd Yadzil berkata, Mohd Rafiq berhak menyertai UMNO atau mana-mana parti politik kerana itu adalah hak individu yang ditetapkan mengikut amalan demokrasi.

"Itu adalah hak individu. Dia (Mohd Rafiq) sudah lama keluar dari Bersatu kerana niatnya sendiri, begitu juga tindakannya menyertai UMNO semula.

"Dia pun tiada apa-apa jawatan dalam Bersatu. Jadi itu adalah haknya sebagai rakyat Malaysia dan pemimpin politik untuk menyertai mana-mana parti.

MOHD RAFIQ

"Saya tiada halangan langsung jika dia mahu menyertai UMNO. Tindakan Mohd Rafiq menyertai UMNO tidak menjejaskan Bersatu Melaka, malah kami dalam keadaan baik sahaja. Malah setakat ini, saya difahamkan hanya Mohd Rafiq yang menyertai UMNO, manakala beberapa individu lain belum berbuat demikian," katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Mohd Yadzil berkata demikian bagi mengulas tindakan Mohd Rafiq menyertai UMNO, sekali gus mengundang kegusaran lebih ramai ahli Bersatu Melaka dijangka melompat parti bagi mengikuti jejak langkah bekas bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka itu.

Mohd Rafiq sebelum ini meninggalkan Bersatu sejak empat bulan lalu susulan kecewa dengan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti diketuai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mohd Rafiq yang turut pernah dilantik Exco Pemuda UMNO itu berkata, keputusan menerimanya itu dilakukan sebulat suara menerusi Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis lalu selepas beliau membuat permohonan beberapa minggu sebelumnya.

Bagaimanapun keahliannya itu hanya berkuat kuasa pada 18 Mac ini selepas berakhirnya pemilihan UMNO, dengan hasrat beliau turut mendapat sokongan barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Klik di sini untuk terus membaca