MEMANG pelik dan ajaib sekiranya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak hadir di Dewan selama lebih enam bulan. Apabila DUN Selangor isytiharkan kekosongan kerusi Batang Kali, ramailah yang terkejut.
Menurut khabarnya, ADUN berkenaan, Harumaini Omar dari Parti Pejuang ‘gagal hadir diri tanpa kebenaran’ sejak 28 Julai 2022.
Terfikir juga Awang, mengapa jadi begitu? Bukankah seseorang wakil rakyat itu sepatutnya mewakili rakyat?
Bukankah kehadirannya di DUN setiap masa bersidang sama pentingnya dengan berkhidmat di kawasan?
Seingat Awang ini kes pertama ADUN mana-mana negeri tidak hadir selama masa itu tanpa alasan kesihatan atau yang munasabah.
Apa yang berlaku di Selangor itu boleh berlaku di DUN negeri lain.
Awang harap pihak DUN semua negeri ada pengawasan ke atas kehadiran ahli-ahlinya. Orang yang kaki ponteng patut diberitahu pada rakyat. Biarlah rakyat tahu kualiti ADUN mereka.
Awang juga tahu ada ahli Parlimen yang kedatangan mereka boleh diberikan markah ‘F’.
Ada pula yang bagi alasan Dewan Rakyat bukan sekolah. Jadi tak perlu kerap hadir. Atau cari macam-macam alasan untuk tidak hadir. Kaki ponteng sesi petang pun banyak.
Klik di sini untuk terus membaca